Monday, August 3, 2015

Sedapnya Sup Cendawan Berkrim heart emoticon Jom buat, senang je wink emoticon

Bahan-bahan 

-1 keping dada ayam
- 1 ketul kiub ayam (letak 2 pun boleh)
- 1 tin kecil cendawan butang (dihiris nipis atau cincang halus)
- 1500 ml air
- 500 ml susu segar (susu kotak)
- 1 cawan tepung gandum
- garam secubit

Cara-cara

1. Potong ayam kecil2, kemudian masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan dan masukkan mushroom.
3. Selepas itu masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat, tambah perisa dan garam.
4. Siap untuk dihidang, sedap dimakan dengan roti!

No comments:

Post a Comment