Monday, August 17, 2015

HOMEMADE WAFFLE



2 biji telur
2 cawan tepung serbaguna
1 3/4 susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu besar gula putih
4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil vanilla extract

Cara:
1. Bancuhkan semua bahan.
2. Gris kuali waffle dan ambil sesenduk batter
3. Bakar dengan api sederhana. Angkat apabila keperangan atau buih bersarang mengering.

Insya Allah. enak dimakan panas-panas bersama cream, madu atau jem.

Monday, August 3, 2015

Sedapnya Sup Cendawan Berkrim heart emoticon Jom buat, senang je wink emoticon

Bahan-bahan 

-1 keping dada ayam
- 1 ketul kiub ayam (letak 2 pun boleh)
- 1 tin kecil cendawan butang (dihiris nipis atau cincang halus)
- 1500 ml air
- 500 ml susu segar (susu kotak)
- 1 cawan tepung gandum
- garam secubit

Cara-cara

1. Potong ayam kecil2, kemudian masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan dan masukkan mushroom.
3. Selepas itu masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat, tambah perisa dan garam.
4. Siap untuk dihidang, sedap dimakan dengan roti!
(RESEPI LENGKAP) = Char Kuey Teow Penang Style
Bahan-bahan : (Char Kuey Teow)
500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.
Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.
Note :
- Paste ni seelok2nya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sodapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.


#sumber facebook