Wednesday, October 30, 2013

# sabah mundur ? #

S : Kenapa Sabah tiada LRT ?
J ; Sabab kalau dipasang LRT indaa juga diguna sabab urang Sabah kurang2 pakai Viva , mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT . Indaa picaya kamu buli tinguk di traffic light , buli dikira berapa biji ja motor .

S : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama , Sunway Pyramyd , Times Square ? 
J ; Sabab urang yang malancung pigi Sabah bukan mau tengok bangunan , durang mau tinguk urang utan , mau tinguk penyu , mau tinguk hutan simpan , mau panjat gunung dan lain-lain lagi . Kalau mau tinguk bangunan , bagus durang nda payah melancong ,di negara durang lagi tinggi-tinggi lagi , power-power shopping complex .

S : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok ?
J ; BETUL ! tapi yang tu bukan urang , itu urang utan . Bulu urang utan coklat jingga perang , bulu manusia warna hitam . Misti mau tau beza , jangan jadi bangang , talingung2 sana .


S : Sabah tiada highway ? Oh My God . mesti jalan jammed .
J ; Baguslah tiada highway . NO HIGHWAY , NO TOL ! Indaa la kami membazir mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan . Duit TOL pigi kerja RM1.20 , pulang kerja pun RM1.20 , cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan , dapatlah RM72. RM72 buli sudah bayar Astro . Ada highway disana pun ada juga jammed , sia-sialah kamu bayar duit TOL . Who's smarter ? Hahaha !


S : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout . REALLY ?
J ; Ya . Kami indaa jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac , sabab kadang-kadangselalu blackout kan . Baguslah juga bogitu , dapat mengasi jimat sikit duit kami ujung bulan . Tapi kalau itu karan indaa pandai hidup- hidup sampai 3 jam , itu bukan sudah mengasi jimat , tu mengasi PANAS sudah tu !

S : LAST QUESTION ! Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni ?
J ; Di Sabah ni tiada apa-apa , kuno bah . Tiada LRT , tiada Highway LDP , Federal Highway Jambatan Putrajaya , KLCC , KL Tower , Sunway Pyramyd , Sunway Lagoon .
Tapi di Sabah ada Rumah Terbalik .Cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu , berani ka ? Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko , petroleum , sawit , getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana .

#untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain.


THANK YOU SABAH :D

Thursday, October 24, 2013

# renungan bersama #

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.



* sumber facebook ;)