Friday, February 22, 2013

# asasi #

assalamualaikum semua :)
khabar angin yg agak kuat mengatakan 20hb mac ni akan keluar result spm 2012 !
aduhai .. cuak !
jadi iez pun membuat sedikit carian tentang asasi di malaysia ni ..
tapi 
yang iez paparkan nie ..
hanya SYARAT KEMASUKAN ..
jadi enjoy reading !
* kalu korang nak tau tentang universiti2 selain yang iez tulis ni bole mintak di ruang komen u yg korang nak tu..

UNIVERSITI MALAYA

Syarat-syarat Kemasukan

PROGRAM ASASI SAINS (Calon Bumiputera)


> Warganegara Malaysia dan
> Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya Lima (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu.

Aliran Sains Hayat
i) Mendapat minimum gred B dalam mata pelajaran Biologi.
ii) Mendapat minimum gred C+ dalam mata pelajaran berikut:

  •  Matematik
  •  Matematik Tambahan
  •  Fizik
  •  Kimia
  •  Bahasa Inggeris

Aliran Sains Fizikal
i) Mendapat minimum gred B dalam mata pelajaran Matematik.
ii) Mendapat minimum gred C+ dalam mata pelajaran berikut:

  •  Matematik Tambahan
  •  Fizik
  •  Kimia
  •  Bahasa Inggeris

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PROGRAM ASASI SAINS

> mendapat sekurang-kurangnya 2A-
>  Mendapat minimum gred B dalam mata pelajaran berikut:
  • fizik 
  • biologi
  • kimia
  • matematik tambahan
> Mendapat minimum gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
> Mendapat minimum gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Syarat Kemasukan (Syarat Am)

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA ( 5 ) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

ASASI SAINS HAYAT ( W0010 ) - 2 SEMESTER
(terbuka kepada calon bumiputera sahaja)
Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam semua matapelajaran berikut:
  • Biologi
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris

ASASI SAINS FIZIKAL ( W0020 ) - 2 SEMESTER
(terbuka kepada calon bumiputera sahaja)
Mendapat sekurang-kurangnya gred C+ dalam semua matapelajaran berikut:
  • Fizik
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA


PROGRAM ASASI  (Untuk Bumiputera Sahaja)

SYARAT AM(UNTUK SEMUA PROGRAM)
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf dengannya
2. Kepujian gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
3. Kepujian gred C dalam salah satu (1) mata pelajaranberikut :
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah 
  • Pendidikan Syari’ah Islamiah


1.   ASASI SAINS HAYAT 
  • Terbuka kepada ALIRAN SAINS(Untuk Bumiputera Sahaja)
  • Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
  • (Kampus Petaling Jaya)
  • Memenuhi Syarat Am > lihat di atas <
  • memenuhi SYARAT KHAS PROGRAM


1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut  :
i. Biology
ii. Chemistry
iii. Physics
iv. Mathematics
v. Additional Mathematics
vi. Bahasa Inggeris

2.   ASASI SAINS FIZIKAL             
  • Terbuka kepada ALIRAN SAINS/TEKNIKAL(Untuk Bumiputera Sahaja)
  • Tempoh pengajian antara 2 hingga 4 semester bergantung kepada pencapaian akademik.
  • (Kampus Petaling Jaya)
  • Memenuhi Syarat Am serta
  • SYARAT KHAS PROGRAM

1. Gred C+ dalam mata pelajaran berikut  :
i. Physics
ii. Chemistry
iii. Mathematics
iv. Additional Mathematics
v. Bahasa Inggeris


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

A). Syarat Am Universiti
  • Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
B).Syarat khas Program Asasi Sains
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (4B) dalam pelajaran  Matematik dan lulus bagi ketiga-tiga mata pelajaran berikut:

1.    Fizik
2.    Kimia
3.    Biologi

dan

mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ untuk dua (2) daripada mata pelajaran di atas.

dan untuk melihat universiti yang korang suka menawarkan program ape boleh klik di sini :)

No comments:

Post a Comment